MATLAMAT
DAN HARAPAN
Kami
mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi untuk melahirkan masyarakat yang
berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain
berbanding diri sendiri, yang didalamnya terjalin hubungan rapat diantara
golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda
utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di
akhirat. Kaya dan miskin adalah kasih sayang tuhan agar manusia bekerjasama
untuk keharmonian. Si kaya dengan ikhlas, si miskin menerimanya dengan penuh
kesyukuran.
Sampai
bilakah harus kita lihat anak-anak ini menangis menderita? Serta mendengar saja
insan-insan yang menderita ini mengalami masalah yang mereka alami? Sampai
bilakah harus kita melihat anak-anak ini dan insan yang memerlukan keperihatinan
ini pergi menyahut seruan Ilahi sebelum sempat mereka menerima apa yang
sepatutnya mereka terima? Adakah disebabkan kekurangan dan kedoifan yang
dialami, maka mereka pergi sebelum sempat menerima bantuan. Mahukah kita hanya menjadi
pemerhati kepada permasalahan dan penderitaan insan yang kurang berkemampuan ini
serta anak-anak yang tidak bernasib baik ini? Besarlah harapan kami andai
impian Pertubuhan Amal Dan Kebajikan AES – LC menjadi pemudahcara serta ingin
membantu semua warga masyarakat serta anak-anak yang menghadapi masalah dan
penderitaan ini tercapai serta pada masa yang sama dibantu oleh masyarakat yang
prihatin kerana Pertubuhan Amal Dan Kebajikan AES – LC hanya dapat bergerak
sebagai pemudahcara dan tidak mampu bergerak sendirian tanpa bantuan, sokongan dan
dorongan dari insan-insan yang berhati mulia selain daripada keperihatinan
pihak Kerajaan.
Justeru
itu ayuh wahai insan-insan yang berhati mulia, mari kita bersama Pertubuhan
Amal Dan Kebajikan AES – LC dalam membela nasib dan kebajikan anak-anak
istimewa dan insan yang kurang berkemampuan, usah biarkan mereka pergi tanpa sempat
menerima apa yang sepatutnya mereka menerima, agar tiada lagi tangisan serta
rintihan yang kedengaran tetapi ketawa yang dapat kita lihat dan dengar semula.
“Sejenak
Bersama Insan Istimewa, Membawa Seribu Penginsafan Buat Kita”
“Prihatin,
Penyayang Dan Berkebajikan”