ZIARAH SAMBIL MENGHULURKAN SUMBANGAN
- 29 Mei 2015, Pihak Pertubuhan menziarahi seorang pesakit warga emas (ibu kepada salah seorang ahli Pertubuhan) yang mengalami Kanser Tumor (Ketumbuhan di otak) di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.pihak Pertubuhan turut menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga pesakit. Pada hari yang sama pihak Pertubuhan juga menziarahi abang kandung kepada salah seorang ahli Pertubuhan yang mengalami kemalangan jalanraya dan masih terlantar di Hospital. Pihak Pertubuhan meghulurkan bantuan bagi mengurangkan sedikit kos rawatan pembedahan tulang.
Pertubuhan Amal dan Kebajikan AES-LC Negeri Pulau Pinang
xx
ZIARAH SAMBIL MENGHULURKAN SUMBANGAN PADA ANAK YATIM PIATU
- 18 Mei 2015, Pihak Pertubuhan menziarahi Anak Yatim Piatu yang menetap di Kampung Sireh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yg kehilangan kedua orang tua. Terdiri dari 4 orang adik beradik yang mana kesemuanya masih menuntut (Universiti & Sekolah Menengah). Pihak Pertubuhan juga turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban.
MENGHULURKAN SUMBANGAN
- 2 Mei 2015, Hasil dari maklumat orang ramai, pihak Pertubuhan yang diwakil kn oleh Setiausaha Pertubuhan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang menetap di Kampung Dodol, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
- 2 Mei 2015, Hasil dari maklumat orang ramai, pihak Pertubuhan yang diwakil kn oleh Setiausaha Pertubuhan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang menetap di Kampung Dodol, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
ZIARAH SAMBIL MENGHULURKAN SUMBANGAN
- 9 April 2015 wakil Pertubuhan menziarahi seorang warga emas di Kampung Sungai Nibong Kecil, Bukit Jambul, Pulau Pinang. Turut tinggal bersama beliau, seorang ibu tunggal dan anak nya yang kurang upaya (OKU - buta mata). Pihak Pertubuhan turut menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan bebanan beliau serta keluarga.

Subscribe to:
Posts (Atom)